09 SEP 2009. Dalam perjalanan Miri ke Bekenu, aku terpandang papan tanda Tree Top Tourist Lodging House di jalan masuk Kg.Siwak Jaya, Bakam. Terdorong untuk melihatnya lalu ku susuri jalan masuk kampung tersebut. Di Tree Top Tourist Lodging House aku temui Connie, wanita berketurunan Kayan yang peramah. Darinya ku perolehi makluman bahawa tempat tersebut dibina bagi pelancong khususnya dari Eropah yang ingin merasa kedamaian dan ketenangan kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota. Bangunan kayu tersebut memberikan pelbagai pilikan kepada pengunjungnya, dari bilik 2 katil hinggalah kepada bilik 4 katil serta ruang dorm pada harga berpatutan, lodging house berasaskan konsep homestay ini kerap menerima kunjungan pelancong. Menarik.....kata hatiku. Keperluan kerja memaksa ku tinggalkan Connie dan Tree Top Tourist Lodging House. Kepada yang ingin lari dari kebisingan dan berminat, layari http://www.treetops-borneo.com/ untuk keterangan lanjut. Salam...
Tuesday, September 8, 2009
Monday, September 7, 2009
OGOS 2009. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah panjang yang terletak dihujung Kg.Masjid, Tiris, BEKENU. Sesuatu yang menarik pandangan mataku setibanya di sana. Diatas padang terdapat sekumpulan orang sedang bermain bolaepak. Yang menarik.....kesemua mereka adalah perempuan yang mana lelaki hanya menyorak dan memberi semangat. Ingin tahu.....aku memberanikan diri memulakan perbualan dalam bahasa Sarawakku yang masih kelam kabut. Melalui perbualan aku mendapat tahu ada lawatan Menteri Persekutuan ke rumah panjang tersebut. Sejarah......rumah panjang ini belum pernah menerima kunjungan Pak Menteri. Aku susuri laluan simen yang hanya boleh memuatkan laluan 2 buah motosikal menuju kerumah panjang terbabit. Difahamkan rumah panjang ini mempunyai 76 pintu dan penghuninya adalah dari masyarakat Iban. Inilah gambar pengalamanku untuk tatapan kalian iaitu langkah pertamaku di Bekenu....
Coretanku.....
Salam dan Selamat datang. Blog ini adalah coretan perjalanan anak dagang yang merantau meninggalkan catatan pengalaman serta kenangan-kenangan manis di Kepala Batas, PULAU PINANG dan menerokai warna-warna dan pengalaman kehidupan baru di Bekenu, SARAWAK.
Aku mula menjejakkan kaki seawalnya di Miri pada bulan Julai 2007. Setelah agak membiasakan diri dengan persekitaran serta bahasa pertuturan, aku memberanikan diri untuk melangkah ke tapak baru. Inilah catatan perjalanan kehidupanku di Bekenu yang ku mulakan langkahku pada Julai 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)